Thursday, July 14, 2011

Better Master

Baru lepas seminggu kita menjalankan operasi menyelamat kapal "Black Pearl" yang tersangkut di pelabuhan Linggi ni. Nama kapal ni bukanlah "Black Pearl sebenarnya...nama kapal ni "Better Master" tapi kapal ni dah takde crew..kapal yang bakal nak dibuat scrap..dan potong besi buruk.

Kapal ni macam kapal hantu..sebab takde crew langsung. Cuma yang ada di atas kapal masa kita rescue ni seorang pekerja India yang ditugaskan untuk menjaga kapal ni sebelum sampai ke perairan Kuala Linggi dan katanya kapal ni dari Puntianak "Indonesia" dan dalam perjalanan menuju ke Sabah..tapi tak sampai Sabah lagi dah tersekat di Kuala Linggi.

Dah lebih kurang 2 minggu jugak kapal ni tersekat kat Linggi tanpa ada bantuan untuk ditarik masuk ke dalam kawasan pelabuhan. Dengar-dengar cerita kapal ni tak lepas masuk ke dalam kawasan pelabuhan kerana tidak dibenarkan oleh Jabatan Laut. Mana taknya..dia cakap kat Kastam nak dibuat Scrap, dia cakap kat Jabatan Laut pulak dia cakap nak buat pemulihan. So tak ada mana-mana Jabatan yang berani mengambil risiko membawa masuk kapal yang tak tau asal usulnya. Akhir sekali kita pulak ditugaskan untuk menarik kapal ni masuk ke dalam kawasan pelabuhan menggunakan PILOT yang sah berdaftar dengan Jabatan Laut.

 Black Pearl tersekat bila air surut.


hmm so far kita je yang ada lesen PILOT berdaftar dengan Jabatan Laut...maka bermulalah operasi meng-rescue kapal yang aku panggil "Black Pearl" nih.. hehe yang best tu ada sorang bekas Kapten membawa Tug Boat digelar namanya "Jack Sparrow"  adoi...aku pun tak tau camana dia boleh dapat nama "Jack Sparrow" tu.. Kebetulan dia pun ada terlibat sama dalam menjalankan Operasi menarik kapal ni masuk ke pelabuhan.
 
Tug Boat kecik je nampak tapi kuat!
Kalau nak tau..ianya dipandu oleh Kapten Jack Sparrow..haha


Lebih sejam nak tarik kapal "Black Pearl" yang tersangkut di kawasan cetek ni..
Akhirnya..lepas jugak kapal ni masuk ke dalam kawasan pelabuhan..
Alhamdulillah akhirnya kerja menyelamatkan kapal buruk ni dijalankan dengan mudah tanpa ada sebarang kemalangan berlaku..settle jugak keja aku haritu..Tinggal lagi nak naik ke atas kapal tu je nanti nak buat Clearance...tapi Kapten takde..jumpa siapa??